Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengetahuan Umum. Papar semua catatan

di mana identiti kita ??


Hari ini, sy ingin mengajak rakan-rakan semua berkongsi tentng suatu perkara. Tapi bukan lah mengenai perkara motivasi. Apa yang ingin sy lontarkan dalam catatan ari ini adalah satu pandangan sy yang mungkin sama atau berbeza dengan rakan-rakan semua. Iaitu tentng sukan yang menjadi kegemaran ramai sukan "Bola Sepak". Semalam seluruh rakyat malaysia terutama golongan "kaki bola" telah sama-sama menyaksikan pertemuan antara kelantan VS Negeri Sembilan pada Piala Malaysia. Bukan lah sy nak mengulas tentg perlawanan akhir yang telah berlangsung, tetapi tentang sikap rakyat malaysia yang menjadi penyokong dalam sukan "kegemaran ramai" tersebut. Pada saya semakin hari rkyt Malaysia semakin hilang adat ketimuran yang dipelihara sejak dahulu lagi, apabila keganasan melampau yang ditunjukkan oleh sikap penyokong-penyokong fanatik melemparkan botol ke padang, melepaskan mercun ke arah penyokong pasukan lawan seperti yang dipaparkan dalam dada akhbar. Tindakan sebegini boleh mengundang bahaya kepada penonton yang hadir.Sukan sebegini yang boleh menjadi santapan ahli sekelurga berkemungkinan pada masa akan datang hanya boleh di hadiri oleh golongan lelaki yang perkasa sahaja. Jika nak dibandingkan : sukan bola sepak malaysia jauh ketinggalan berbanding sukan bola sepak arena luar negara. Tetapi penyokong pasukan luar negara masih boleh bersikap matang dalam "meraikan" sukan sebegini. Jangan sampai generasi akan datang, anak cucu kita x kenal.. apa itu sukan bola sepak?? jika pihak kerajaan terpaksa mengharamkan sukan sebegini. Sy ingin kongsi beberapa fakta yang boleh kita jadikan teladan bersama :-

1- pada thn 1985 di Stadium Hevsel, Brussel telah berlaku pertempuran diantara penyokong Liverpool dan Juventus ketika perlawanan Piala Eropah, seramai 39 orang peminat Juventus terbunuh. Akibat dari inseden berdarah itu kesemua bola sepak inggeris haram dipertandingkan sehingga tahun 1990

2- pd thn 1989 pula, di Hillsborough, 93 org penyokong bola sepak terbunuh ketika pertembungan piala separuh akhir piala FA di antara Nottingham dan Liverpool. Semuanya gara-gara penyokong yang ghairah menonton sehingga roboh dinding stadium.

berbaloikah kita untuk bergadai nyawa semata-mata untuk menang di tempat duduk penonton???

sy berharap tragedi sedemikian rupa menjadi iktibar untuk kita semua, sudah sampai masanya untuk kita mengubah cara sokongan kita. bukan bermakna berada di stadium dan duduk di bangku penyokong serta menjerit-jerit merupakan hanya satu-satunya wadah untuk kita menyalurkan sokongan kita berbagai cara lagi yang boleh kita lakukan sama ada dengan penulisan blog, menghantar surat, dan berbagi lagi. apa yang penting peribadi kita, pegangan kita, identiti kita akan sentiasa diperhatikan oleh warga luar negara dimana mereka sentiasa menyanjungi nilai "ketimuran" yang kita ada.. lastly, sy berharap sukan arena bola sepak Malaysia akan lebih maju akan datang... (,")

Poco-Poco yang tersirat... ( ish..ish..ish.. )

Ade relevan nye... fakta ni...
Salam...pada kali ini aku nak  kongsikan kepada korang semua tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana aku sendiri pernah buat (masa dalam kem kelompok kat Angulia Beach Resort).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya aku tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila pagi tadi aku menerima kiriman email dari salah seorang rakan sekelas kita
,membuatkan aku tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini
..


"Assalammualaikum.

 Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

 Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
 sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
 masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
 kerajaan ketika manghadiri kursus.


Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
 Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
 menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
  bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.


 Mungkin kita x perasan
 kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
 Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
 apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama 
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
 yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
 tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
 Marilah kita sama2 fikirkan."

ermm.. memang perkara ni ada kaitan dengan agama dan akidah kita, sejauh mana kesahihan perkara ni aku x pasti, tapi yg pasti.. jika benar ini adalah agenda musuh agama kita untuk menjatuhkan kita.. so..nasihat aku.. jgan la menari dengan cara macam ni...k :-)

Adakah kamu dan si dia sehaluan??

Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya.

Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga. Masalah Pendidikan Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan.

Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu. Masalah Usia Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain.

Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu. Masalah Keluarga Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya.

Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu. Kepercayaan Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong.

Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya. Masalah Keupayaan Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..