Kaunselor "A" kualiti

salam..
memang dah ditakdirkan peranan sebagai seorang kaunselor.. adalah memberi khidmat kaunseling kepada organisasi yang sedang mereka berkhidmat.. bagi aku, berkhidmat sebagai seorang kaunselor di Kolej Poly Tech Mara Ipoh ni.. memang banyak menuntut kita sebagai seorang yang berkebolehan dalam apa jua peranan dan fungsi.. aku masih teringat lagi apa yg En.Yusof cakap dulu masa dalam kuliah dulu.. sebagai seorang kaunselor kite kena persiapkan diri dengan "multi tasking".. nah!! sekarang bila aku dah berkhidmat secara profesinal dalam bidang ni.. memang benarlah sepertimana yang En.Yusof cakapkan dulu tu.. mempelajari teori kaunseling semata-semata masih tidak menjamin untuk mencerminkan peribadi kita sebagai seorang kaunselor "A" kualiti.. bak kata En.Yusof dulu-dulu.. huhuhu.. so nasihat aku kepada adik-adik kaunseling yang masih belajar.. aktif-aktifkan lah diri korang sama ada di dalam kelas atau pun diluar kelas.. sebab pengalaman yang korang pelajari semasa di kampus memang akan berguna nanti bila menempuh alam pekerjaan. pengalaman di dalam kampuslah kita perlu gunakan untuk mengenali kebolehan yang ada dalam diri kita. Mustahil lah kalu ada orang mengaku "aku x terror..la".. "aku x pandai la macam dia...", semua tu.. alasan je bagi orang yang takut nak berdepan dengan cabaran yang ada di depan dia.. Allah dah jadikan kita sempurna akal dan sempurna tubuh badan.. so gunakanlah sepenuhnya.. bak kata pepatah "nak seribu daya, x nak seribu dalih"... setiap individu ada kelebihan tersendiri, ada kekuatan tersendiri dan ada daya penarik tersendiri.. apa yang perlu kita buat sekarang ni hanyalah menilai sebanyak mana kekuatan yang kita ada dan sejauh mana kekuatan yang kita boleh gunakan.. and that will make us counsellor "A" quality.. :-)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..