Selamat Hari Raya Aidilfitri

3 cara melatih kekuatan minda..

salam.. ari ni aku nak kongsikan sebuah bahan yang aku baru je baca dari sebuah laman motivasi.. aku rasa mungkin ia dapat membantu kita menambahkan maklumat tentang pengurusan minda yang efektif dan kuat.. jadi sama-sama kita membaca dan menghayati langkah untuk membina minda yang kuat :-

Lebih banyak kita menggunakan minda, lebih tajam pemikiran kita, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan kita gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.
Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.
Lakukan dengan pantas!
Lebih banyak anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda Anda semakin bertenaga, aktif, semakin tajam.

2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara Anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.
Pergerakan darah Anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh Anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah
- Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.
Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda Anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.

Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?
Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat, memperoleh gerak hati yang tajam.
Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif Anda.
Lagi satu, Anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa Anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.
Anda sungguh bertuah, sebab maklumat ini tak didedahkan ditempat lain.
Gunakan ia sebaik mungkin.

so??? bernula dari sekarang cuba kita latih minda kita dengan langkah di atas.. cara kita ini boleh menjadikan kita sebagai seorang kaunselor yang berkesan.. :-)

Poco-Poco yang tersirat... ( ish..ish..ish.. )

Ade relevan nye... fakta ni...
Salam...pada kali ini aku nak  kongsikan kepada korang semua tentang sesuatu
yang menggemparkan kerana aku sendiri pernah buat (masa dalam kem kelompok kat Angulia Beach Resort).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya aku tidak pernah
tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.
Namun segalaya berubah apabila pagi tadi aku menerima kiriman email dari salah seorang rakan sekelas kita
,membuatkan aku tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca
emel ini
..


"Assalammualaikum.

 Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.

 Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
 sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
 masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
 kerajaan ketika manghadiri kursus.


Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
 Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
 menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
  bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.


 Mungkin kita x perasan
 kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
 Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
 apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama 
maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
 yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
 tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
 Marilah kita sama2 fikirkan."

ermm.. memang perkara ni ada kaitan dengan agama dan akidah kita, sejauh mana kesahihan perkara ni aku x pasti, tapi yg pasti.. jika benar ini adalah agenda musuh agama kita untuk menjatuhkan kita.. so..nasihat aku.. jgan la menari dengan cara macam ni...k :-)

oh.. Mesin ATM...


salam kepada semua... korang mst penah terasa mlakukan sesuatu perbuatn yg memalukan korang secara x sengaja stu masa dulu kan? ermm aku pun tejadi gak macam tu.. semuanya brlaku mase aku g ke mesin ATM berdekatan dengan tempat aku kerja..

alkesah..
ari tu aku rasa penat sangat.. terlampau banyak sangat kerja kat ofis.. fikiran aku mase tu jgn cite la.. beserabut je mamanjang.. dengan keadaan perut yg lapar ooo damm!!.. mate yg semakin layu hehehe.. tunggu mase je nak punch.. balik dari keje.. tepat jam 5.30ptg.. yes!!! Hooreeyyy!!! bleh balik.. cepat2 aku g punch n naik kete ngan member aku n balik.. dalam pjalanan balik tu.. aku teringat la plak nak g amik duit jap..so, aku ajak mmbr aku singgah mesin ATM jap.. bank CIMB taw.. kat ipoh ni memang banyak je CIMB branch.. pilih je nk g mane.. mmber aku kate kalu nak p yg dekat ngn umah kitorg..leceh..jln jame.. so kitorg decide nk g bank yg dkat ngan tmpt keje kitorg. Sampai je kat bank tu, aku pun trun r nk g amik duit.. mber aku tunggu dlm kete je.. mase aku msuk bnk tu, memg x deorg mase tu..yg ada cume "jaga" india lelaki je.. die senyum aku pn senyum r balik.. saje nk bg sedekah cehh!! huhuhu..

bila depan mesin ATM tu, aku pun kuarkan Kad nak amik duit.. tapi yg peliknya.. tempat untuk cucuk kad tu xda..puas gak aku cari..tp x jumpe.. "jaga" india td pelik tengok gelagat aku mase tu, die pun dtg kat aku..tanya "dey..mau apa??" aku jawab r.. "nak cucuk duit, tp x bleh cucuk r".. "jaga" tu cakap.."dey..mau cucuk duit..sana mesin..ini mesin masuk duit la.." WHAT???? mase tu baru aku perasan.. aku duk depan CASH DEPOSIT?? dengan selambe aku g kat mesin ATM sebelah tu..amik duit and "blah" cepat2.. Tuhan je la yg tau malu betul aku mase tu hehehehe...macam mane la aku leh x perasn depan aku mase tu mesin CASH DEPOSIT huhuhuhu.. sampai skang.. benda ni jd point "kutukan" mmbr2 sekerja aku... @#$%^&*%$!!!.. tp bila ingt balik benda ni..memang kelakar... hahahahaha

p/s : moral of da story.. kalu korang nak g amik duit kat mesin ATM.. pastikan kawan
korang ikut skali.. 1st untuk keselamatn korang.. jika berlaku yg x di ingini
wacchhaa!!!.. 2nd untuk mengelakkan korang "tersalah" mesin ATM hehehe :-D

Kaunselor "A" kualiti

salam..
memang dah ditakdirkan peranan sebagai seorang kaunselor.. adalah memberi khidmat kaunseling kepada organisasi yang sedang mereka berkhidmat.. bagi aku, berkhidmat sebagai seorang kaunselor di Kolej Poly Tech Mara Ipoh ni.. memang banyak menuntut kita sebagai seorang yang berkebolehan dalam apa jua peranan dan fungsi.. aku masih teringat lagi apa yg En.Yusof cakap dulu masa dalam kuliah dulu.. sebagai seorang kaunselor kite kena persiapkan diri dengan "multi tasking".. nah!! sekarang bila aku dah berkhidmat secara profesinal dalam bidang ni.. memang benarlah sepertimana yang En.Yusof cakapkan dulu tu.. mempelajari teori kaunseling semata-semata masih tidak menjamin untuk mencerminkan peribadi kita sebagai seorang kaunselor "A" kualiti.. bak kata En.Yusof dulu-dulu.. huhuhu.. so nasihat aku kepada adik-adik kaunseling yang masih belajar.. aktif-aktifkan lah diri korang sama ada di dalam kelas atau pun diluar kelas.. sebab pengalaman yang korang pelajari semasa di kampus memang akan berguna nanti bila menempuh alam pekerjaan. pengalaman di dalam kampuslah kita perlu gunakan untuk mengenali kebolehan yang ada dalam diri kita. Mustahil lah kalu ada orang mengaku "aku x terror..la".. "aku x pandai la macam dia...", semua tu.. alasan je bagi orang yang takut nak berdepan dengan cabaran yang ada di depan dia.. Allah dah jadikan kita sempurna akal dan sempurna tubuh badan.. so gunakanlah sepenuhnya.. bak kata pepatah "nak seribu daya, x nak seribu dalih"... setiap individu ada kelebihan tersendiri, ada kekuatan tersendiri dan ada daya penarik tersendiri.. apa yang perlu kita buat sekarang ni hanyalah menilai sebanyak mana kekuatan yang kita ada dan sejauh mana kekuatan yang kita boleh gunakan.. and that will make us counsellor "A" quality.. :-)

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..