Konvensyen Kebangsaan Kaunseling 2010

salam muhibah buat rakan2 x kira dimana anda berada.. pada hari ini aku nak buat satu perkongsian maklumat buat tatapan pada rakan2 yg sudah maklum tentang perkara ni atau belum lagi..


pd minggu lepas aku surfing dalm facebook.. aku ternampak satu artikel tentang Konvensyen ni.. terus terlintas dalam kotak fikiran aku untuk tel Dr Hanid bertanyakan lanjut tentang Konvensyen ni. melalui penerangan dan perbualan aku dlm telfn dengan Dr Hanid barulah aku jelas tentang konvensyen ni. Bermacam slot bermanfaat yang boleh kita ambil dari konvensyen ni.


Mungkin ade di antara rakan kita yang berminat untuk turut serta dalam slot pembentangan nnt. Apepun aku menyeru kepada rakan2 sekalian marilah kita sama2 hadir ke konvensyen ni, bukan sekadar mendapat input dari slot yang akan di bentangkan, malah kite dapat bertukar2 pandangan di antara sesama kita nanti.


ada yang mencadangkan pada aku untuk adakan sekali reunion bagi batch kita.. so, pada aku itu idea yg baik, n mendatangkan manfaat pada kita semua... senang kate 2 in 1.. :-)


ape pun tahniah kepada tenga kerja di bawah jabatan psikologi dan kaunseling UMT dan persatuan kaunseling Malaysia kerana berjaya mengadakan event yang besar sebegini.Kami golongan bekas pelajar kaunseling UMT akn sentiasa memberi sokongan dalam usaha memartabatkan profesion kaunseling di negara..


untuk maklumat lanjut tentang Konvesyen Kaunseling tu boleh layari laman web :-

http://www.umt.edu.my/v8/

kepada sahabat ku...


Salam.. mohon maaf kepada rakan2 semua kerana sudah terlalu lama tidak “update” blog ni. Entah kenapa mlm ni hati tergerak untuk membuka semula blog yang telah lama aku tinggalkan ni. Jika blog ni di kurniakan hati dan perasaan pasti akulah orang pertama yang akan dimarahi. Tapi x pe kerana jari jemariku masih gah dan sudi untuk menitipkan beberapa ayat yg mgkin boleh kita fikirkan dan renungkan bersama.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Sedar x sedar da hampir 9 bulan kita semua berpisah selepas majlis konvokesyen bulan 7 tahun lepas. Ramai kawan-kawan kita yang sudah mula mengorak langkah menempuh alam pekerjaan dan tak kurang juga yang mula “berjinak jinak” dengan alam rumah tangga. Ada juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin selepas ini ramai rakan kita yang akan bergelar “pendidik” selepas puas berhempas pulas mengisi borang KPLI dan DPLI. Apapun kalian lakukan sekarang ni, dan dimana pun kalian berada di masa ini, kita semua bergerak dengan satu matlamat iaitu memperkembangkan potensi diri semaksima yang mungkin. Kepada kawan-kawan yang masih berada di bangku “simpanan”, usah gusar usah gentar rezeki kalian pasti akan menyusul kemudian, mungkin yang lebih baik?? Mungkin yang terbaik?? Dan mungkin yang sangat baik?? Always think positif..

Semakin hari cabaran yang datang semakin kuat mengekori diri.. kadang-kadang aku terfikir.. ada ke jalan pintas untuk mengelak halangan yang berada di depan?? Ya.. mungkin ada dan mungkin tiada. Ikutkan hati “ahhh.. wat pe susah-susah.. esok lusa ok la tu..”. itu mungkin nada berhelah bagi orang yang suka mengalah. Tapi aku pasti kalian tidak akan seperti itu, kerana kalian semua dari kalangan orang yang berani dan sanggup berdepan dengan apa jua rintangan.. anggap saja rintangan itu satu tangga untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi: kata hati “macam mane pun… aku kene try gak.. belum cuba belum tau kan??” itulah yang dikatakan jati diri yang tinggi.

Ape pun bagi aku.. masing-masing mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Insya Allah selagi kita berusaha selagi itu Allah akan membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Jangan pernah jemu meminta kepada-Nya kerana itu adalah rahsia dan senjata utama kita. Berusaha dan terus berusaha k!! :-)

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..