di mana identiti kita ??


Hari ini, sy ingin mengajak rakan-rakan semua berkongsi tentng suatu perkara. Tapi bukan lah mengenai perkara motivasi. Apa yang ingin sy lontarkan dalam catatan ari ini adalah satu pandangan sy yang mungkin sama atau berbeza dengan rakan-rakan semua. Iaitu tentng sukan yang menjadi kegemaran ramai sukan "Bola Sepak". Semalam seluruh rakyat malaysia terutama golongan "kaki bola" telah sama-sama menyaksikan pertemuan antara kelantan VS Negeri Sembilan pada Piala Malaysia. Bukan lah sy nak mengulas tentg perlawanan akhir yang telah berlangsung, tetapi tentang sikap rakyat malaysia yang menjadi penyokong dalam sukan "kegemaran ramai" tersebut. Pada saya semakin hari rkyt Malaysia semakin hilang adat ketimuran yang dipelihara sejak dahulu lagi, apabila keganasan melampau yang ditunjukkan oleh sikap penyokong-penyokong fanatik melemparkan botol ke padang, melepaskan mercun ke arah penyokong pasukan lawan seperti yang dipaparkan dalam dada akhbar. Tindakan sebegini boleh mengundang bahaya kepada penonton yang hadir.Sukan sebegini yang boleh menjadi santapan ahli sekelurga berkemungkinan pada masa akan datang hanya boleh di hadiri oleh golongan lelaki yang perkasa sahaja. Jika nak dibandingkan : sukan bola sepak malaysia jauh ketinggalan berbanding sukan bola sepak arena luar negara. Tetapi penyokong pasukan luar negara masih boleh bersikap matang dalam "meraikan" sukan sebegini. Jangan sampai generasi akan datang, anak cucu kita x kenal.. apa itu sukan bola sepak?? jika pihak kerajaan terpaksa mengharamkan sukan sebegini. Sy ingin kongsi beberapa fakta yang boleh kita jadikan teladan bersama :-

1- pada thn 1985 di Stadium Hevsel, Brussel telah berlaku pertempuran diantara penyokong Liverpool dan Juventus ketika perlawanan Piala Eropah, seramai 39 orang peminat Juventus terbunuh. Akibat dari inseden berdarah itu kesemua bola sepak inggeris haram dipertandingkan sehingga tahun 1990

2- pd thn 1989 pula, di Hillsborough, 93 org penyokong bola sepak terbunuh ketika pertembungan piala separuh akhir piala FA di antara Nottingham dan Liverpool. Semuanya gara-gara penyokong yang ghairah menonton sehingga roboh dinding stadium.

berbaloikah kita untuk bergadai nyawa semata-mata untuk menang di tempat duduk penonton???

sy berharap tragedi sedemikian rupa menjadi iktibar untuk kita semua, sudah sampai masanya untuk kita mengubah cara sokongan kita. bukan bermakna berada di stadium dan duduk di bangku penyokong serta menjerit-jerit merupakan hanya satu-satunya wadah untuk kita menyalurkan sokongan kita berbagai cara lagi yang boleh kita lakukan sama ada dengan penulisan blog, menghantar surat, dan berbagi lagi. apa yang penting peribadi kita, pegangan kita, identiti kita akan sentiasa diperhatikan oleh warga luar negara dimana mereka sentiasa menyanjungi nilai "ketimuran" yang kita ada.. lastly, sy berharap sukan arena bola sepak Malaysia akan lebih maju akan datang... (,")

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..