" Angan-angan...? "


salam.. ramai dari kalangan kita yang suka "berangan" kan? atau dalam erti kata lain "berfantasi" "berimaginasi" "berkhayal" dan banyak lagi maksud yang serupa dengannya.. berangan bermaksud membayangkan sesuatu yang belum pasti lagi terjadinya secara realiti. sekiranya kita lihat.. Orang yg berangan ni  fikiran,emosi dan tingkahlakunya akan tertumpu kepada apa yg di angan kan pada waktu tu. Sebagai manusia yang sempurna akal fikirannye, kita memang x boleh lari dari "berangan" kan? sejak kecil lagi lagi kita sudah terdedah untuk berangan.. ketika kecil angan-angan kita sering dipengaruhi oleh watak-watak kartun seperti "ultraman" "batman" "superman" "power rangers" "doremon" dan pelbagai lagi. dalam erti kata lain, kesemua watak hero kartun menjadi impian kita ketika kecil dulu. Terdapat pro dan kontra nye dalam sifat suka berangan ni. Kanak-kanak kecil yang suka berimaginasi dengan watak hero kartun akan membentuk personaliti dan perkembangan diri yang positif dalam dirinya. secara tak langsung akan mencipta sifat-sifat yg positif seperti berdikari, kuat, keyakinan diri yang tinggi dan pelbagai lagi.

oleh itu, tidak bermakna apabila kita sudah meningkat dewasa, kita tidak layak lagi untuk berangan-angan. kita boleh berangan-angan.. tapi!! dengan syarat.. angan-angan + usaha = impian. Orang yang berjaya, setiap hari memasang angan-angan untuk mencapai sesuatu pd masa depan. segala pemikiran dan emosi dirinya akan membentuk perilaku yang mendorong dirinya untuk mencapai apa yang diangankan pada masa depan. seterusnya membina persekitaran yang positif disekelilingnya. Namun harus dingat, angan-angan yang tidak disertai dengan usaha hanya akan berakhir dengan sia-sia. itulah yang dinamakan "angan-angan mat jenin". sikap angan-angan seperti ini harus kita elakkan, kerana angan-angan yang ingin kita capai adalah angan-angan yang menggerakkan kita kearah matlamat kita. jadi, berfikir positif mulai dari sekarang, anggap ape yang kita angankan adalah apa yang kita ingin capai pada masa akan datang ~~~~ (~_^) ~~~~

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..