think....think...think.... " + " ?? why..??



Salam.. kawan-kawan semua.. da lame rasenye x update blog ni.. ermmmm sejak akhir ni agak sibuk ckit.. hujung minggu pun sentiasa di penuhi dengan aktiviti.. tp tak pe.. itu x bermaksud “jari-jari” ni akan berhenti dari menulis dalm blog ni yeahhhh!!!   ( semangat :-D ).. bermacam perkara yg berlaku di sekeliling kita, boleh dikongsikan dan dijadikan iktibar pada kita semua.. untuk kita kembali berfikir dan memuhasabah diri kan?? Selalu kita mendengar orang mengeluh dalam melakukan sesuatu perkara.. “saya tak boleh buat la..” “Saya ni pekerja biasa je..” “ini bukan kerja saya…!!!” sume benda saya kene buat.. itulah…inilah..” “kalau bagi gaji lebih tak pe jugak..” “ingat saya ni kuli dia ke??”. 
sudah menjadi tabiat manusia..suka membuat tanggapan “negatif” dalam sesuatu perkara, dalam erti kata lain.. “mengkritik”!!! manusia ni makhluk yang bertabiat dan beremosi, nak mengubah “tabiat” itu bukanlah suatu perkara yang mudah, jika kita selalu berfikiran negatif, natijahnye diri kita akan berterusan mengundur ke belakang kerana ia sudah menjadi tabiat dan sebati dalam  kita. Kita perlu mengubah diri kita kearah pemikiran serta perilaku yang positif..
Sikap yang  positif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi positif, orang-orang positif dan perkara-perkara positif. Begitu juga sebaliknya. Sikap negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif, orang-orang negatif dan perkara-perkara negatif.
bersikap positif akan menjuruskan kita kearah pintu kejayaan. Sume orang dalam dunia ni mahukan kejayaan dan menolak kegagalan.
Bagaimana kita nak sentiasa bersikap positif??? Jawapannye mudah sahaja.. elakkan keraguan yang melampau dan maksimakan dalam diri kita untuk “bersangka baik” terhadap pelbagai perkara yang berlaku disekeliling kita. Memang lah.. ada juga di kalangan kita yang melakukan perbuatan buruk di depan mata kita. Tapi tak salahkan sekiranya kita mengambil 10% dari perspektif kita tu dengan bersangka baik. Secara tak langsung kita dapat membina peribadi kita yang positif dan dapat diterima oleh orang sekeliling kita.. so?? Let’s think positif k.. yeahhh!!!  hohohohoho... :-)




0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..