jangan "mem-bangau"..


salam kepada sumer kawan.. selepas menyambut aidilfitri yang mula.. aku harap korang berada dalam sihat dan kembali bersemangat untuk bekerja..not like me.. kene selsema skang ni.. huhuhu (~_^).. ermm dah lame rasanya x menulis dalam blog ni.. ari ni.. aku nak kongsikan satu istilah.." Mem-bangau ".. mesti korang pernah dengar lagu ni mase kecik-kecik dulu kan.. kite nyanyi same2 ea.. 1..2...3.. :-p


"bangau oh bangau... kenape kau kurus..
macam mana aku x kurus.. ikan x mau timbul..
ikan oh ikan.. kenape kau x mau timbul..
macam mana aku nak timbul.. rumput panjang sangat..
rumput oh rumput.. kenapa kau panjang sangat..
macam mana aku x panjang.. lembu x makan aku..
lembu oh lembu..kenape kau x makan rumput..
macam mana aku nak makan rumput.. perut aku sakit..
perut oh perut kenapa kau sakit..
macam mana aku x sakit.. makan nasi mentah..
nasi oh nasi.. kenape kau mentah..
macam mana aku x mentah.. api x masak aku..
api oh api.. kenape kau x masak..
macam mana aku nak masak.. hujan turun lebat..
hujan oh hujan.. kenapa kau turun lebat..
macam mana aku x turun lebat.. katak panggil aku..
katak oh katak.. kenapa kau panggil hujan..
macam mana aku x panggil hujan.. ular nak makan aku..
ular oh ular.. kenapa kau makan katak..
macam mana aku x makan.. memang makanan aku.. 


Jika ditetliti lagu ni mesti kita dapat satu intipati nasihat yang berguna pada diri kita sendiri..sama ada kita sedar atau tidak lagu ni sebenarnye nak menyedarkan kita tentang "jangan meletakkan kesalahan atau kekurangan kita pada orang lain"


Kita cepat lalai bila kita dah senang. Kita cepat menyalahkan takdir bila kita susah. Sebagai manusia beremosi, itulah kelemahan kita.
Maka, kita kena bijak mengawal emosi supaya kita boleh menarik situasi-situasi yang boleh membuat kita berjaya, bekerjasama dengan orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan dan bertemu perkara-perkara yang membuat kita cepat mencapai kejayaan.


Latih diri untuk tidak selalu menyalahkan - menyalahkan orang, menyalahkan situasi, menyalahkan perkara atau menyalahkan sesuatu benda. Jangan komen dan jangan banyak songeh. Lalui saja, kemudian jangan berhenti memfokus kepada apa yang kita mahu capai, iaitu matlamat kita.


Ujian akan menjadi sementara bila kita laluinya dengan sabar dan tenang. Andai kata kita menggelabah, marah atau tertekan, ujian yang datang makin bertambah bertimpa-timpa. Memula kita anggap ujian, tapi tertekan punya pasal, kita anggap ia satu musibah.Last-last, motivasi kita hilang entah ke mana.


Apa-apapun yang mendatang, apa-apapun yang berubah disekeliling kita, apa-apapun emosi yang menguasai kita, nak menghadapi semua tu pendirian kita kena teguh. Jiwa kita kena kuat. so.. jangan "mem-bangau" k.. (^_^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger

Laman Editor

Adakah anda berasa selesa dengan "keadaan" diri anda sekarang?

anda tetamu ke:-

Ada apa dengan blog ini?

salam... blog ini direka bertujuan untuk mengumpul seberapa ramai pelajar kaunseling yang ada khusus untuk mengemukakan pendapat.. idea dan pastinya cadangan-cadangan ataupun informasi yang berguna untuk semua. Semoga dengan adanya laman blog ini kita dapat memperhebatkan lagi kemudahan teknologi yang sedia ada dan seterusnya memperkasakan profesionalisma kaunselor di martabat dunia..